Atlet ekuestrian pilih UMK sambung pengajian

Atlet ekuestrian pilih UMK sambung pengajian

ANFAL Insyirah Abu Talib semasa melapor diri bagi mengikuti pengajian peringkat asasi sains di UMK Kampus Jeli, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terus memahat sejarah apabila atlet ekuestrian negara Anfal Insyirah Abu Talib, 18, memilih untuk menyambung pengajian peringkat asasi di pusat pendidikan tinggi berkenaan.

Anfal yang merupakan tempat kedua pada kejohanan Endurance Dunia FEI (Bawah 21 & ke bawah) di Ermelo, Belanda itu merupakan antara 315 pelajar yang melapor diri di kampus UMK Jeli di sini hari ini.

Anfal Insyirah mengakui teruja dapat menyambung pengajian di UMK yang merupakan pilihan utama.

Menurutnya, kejayaan itu membolehkan dia meneruskan impian dan cita-cita bergelar sebagai doktor perubatan veterinar pada masa hadapan.

“Sebagai ahli sukan, tumpuan saya dalam bidang pengajian tidak akan tergugat. Saya akan memberikan perhatian kepada kedua-dua perkara ini yang merupakan cabang penting.

“Pada masa sama, saya bercita-cita mahu mengharumkan nama UMK menerusi acara sukan kuda lasak,” katanya pemberita pada Hari Pendaftaran Pelajar Asasi Baharu Semester 2024/2025, di Dewan Utama, UMK Kampus Jeli, di sini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Sains Pusat Pengajian Asasi Universiti Malaysia Kelantan (UMK-AsCent) Dr. Aainaa Syazwani Mohamad Amir Hamzah berkata, beliau gembira program asasi sains di sini menjadi pilihan dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, sebanyak 14,000 permohonan telah diterima daripada pelajar lepasan SPM.

“Seramai 315 pelajar baharu sesi 2024/2025 bagi mengikuti program Asasi Sains dan Asasi Teknologi Maklumat Huffaz di sini,” ujanrya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×