Polis mohon bantuan kesan remaja hilang sejak Khamis - Utusan Malaysia

Polis mohon bantuan kesan remaja hilang sejak Khamis

M. PRAVEEN RAAJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja lelaki berusia 18 tahun yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kehilangan M. Praveen Raaj yang beralamat di Taman Lagenda Fasa 1 di sini itu disedari ibunya sebelum laporan kehilangannya dibuat wanita itu di Balai Polis Teluk Intan semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, remaja berkulit gelap dengan ketinggian 170 sentimeter dan berat 70 kilogram itu berbadan gempal, rambut kerinting hitam dan bermisai.

Katanya, pakaian terakhir yang dipakai remaja itu ialah baju jersi bola berwarna hitam dan merah serta seluar sukan hitam paras lutut.

“Berdasarkan keterangan ibu mangsa, anak lelakinya itu keluar dari rumah dalam keadaan merajuk selepas ditegur kerana leka dengan permainan video.

“Remaja itu tidak bekerja dan duduk di rumah selepas tamat belajar,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja itu berada boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di talian 05-62992222. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN