KEBETULAN berpeluang berbual dengan beberapa rakan industri hiburan baru-baru ini, maka terkeluarlah satu cerita mengenai sikap buruk seorang penyanyi wanita ini yang sehingga kini, sudah menjadi tabiat sebati dengan dirinya.
Hendak dijadikan cerita, Cik Bunga tertanya dengan seorang rakan industri tentang perkhabaran seorang penyanyi wanita ini.
Maklum sahajalah, dia pun pukul canang kepada semua orang bahawa dia sedang diuji dengan penyakit kanser.
Jadi, tentulah kita pun prihatin, mahu tahu khabar dia. Bagaimanapun keprihatinan Cik Bunga itu disambut dengan ketawa kecil berbaur sinis daripada kenalan tadi.
Dia selit pertanyaan penuh misteri, “kau percayakah dia sakit kanser?” Eh, tak akan tidak pula.
Penyakit-penyakit serius seperti itu tak sepatutnyalah dijadikan mainan pula. Dia pun sudah beritahu semua. Tentulah betul.
Maka terbukalah cerita bahawa si penyanyi ini sebenarnya dari dahulu, sejak awal kemunculan dalam industri hiburan, memang seorang kaki propa, suka menipu.
Canang pada orang dia kayalah, dia itulah, dia inilah, hujung-hujung, tak ada pun yang betul.
Jadi, apabila dia canang sedang berdepan penyakit serius sekarang, perkara itu jadi bualan banyak orang di belakang tabirlah, khususnya mereka yang sudah lama mengenalinya.
“Tergamak dia beritahu sedang sakit berat. Cara kongsikan hal itu pun seakan dia tidak risau pun sedang sakit.
Kalau iya pun, berlakonlah sikit supaya ‘persembahan’ dengan cerita nampak meyakinkan. Ini tidak, kita yang tahu ini, tahulah dia sedang propa. Sejak dari dulu tak berubah-ubah perangainya. Suka menipu!” Lebih kurang begitulah ayat yang terpacul dari mulut kenalan tadi.
Alamak, Cik Bunga pula yang risau, boleh pula dia buat main perkara begitu.










