UTM, Waqaf An-Nur kerjasama lahir usahawan madu kelulut

UTM, Waqaf An-Nur kerjasama lahir usahawan madu kelulut

ROSLI Md. Illias (kiri) dan Bukhari Abdul Rahman (tiga dari kanan) melihat rumah lebah kelulut pada Majlis Perasmian Tapak Waqaf Bee Park di UTM, Skudai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membangunkan Tapak Waqaf Bee Park bagi melahirkan lebih ramai pengusaha madu kelulut secara kecil-kecilan menerusi Projek Perladangan Kelulut Moden menggunakan Teknologi Bee-Modular Box.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Rosli Md. Illias berkata, projek itu dijayakan dengan kerjasama Waqaf An-Nur Corporation Berhad (Waqaf An-Nur), sekali gus selari dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menggalakkan universiti awam (UA) turun padang dan berkongsi ilmu dengan komuniti setempat.

“Projek ini berlandaskan prinsip tanggungjawab sosial dengan penekanan terhadap sains, teknologi, inovasi dan ekonomi bertujuan memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.

“Kumpulan sasar diberi di­dikan menerusi bengkel dan kerja lapangan bagi melahirkan usahawan perladangan kelulut moden yang berdaya saing. Matlamat utama adalah membolehkan peserta menjana pendapatan secara lestari dan berterusan,” katanya pada Majlis Perasmian Tapak Waqaf Bee Park di UTM, di sini yang turut dihadiri Ketua Eksekutif Waqaf An-Nur, Bukhari Abd. Rahman.

Rosli berkata, program itu melibatkan seramai 30 peserta terdiri daripada 25 penuntut dan lima kakitangan UTM dalam kategori B40.

“Sebanyak 100 kekotak ‘Bee Modular’ diserahkan kepada peserta terlibat melibatkan peruntukan sebanyak RM350,000 menerusi Geran Penyelidikan Waqaf An-Nur,” katanya.

Sementara itu, Bukhari berkata, kerjasama pihaknya dengan UTM adalah salah satu usaha menyantuni dan membantu golongan yang layak menerima manfaat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN