Bunuh Nur Farah: Polis akan mohon sambung reman lans koperal

Bunuh Nur Farah: Polis akan mohon sambung reman lans koperal

Wanita
NUR FARAH KARTINI ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Polis akan memohon menyambung reman anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah esok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, suspek berusia 26 tahun dan pangkat lans koperal itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada pukul 9 pagi esok.

“Kita akan sambung reman suspek,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di ladang sawit Kampung Seri Keledang, Hulu Bernam, dekat sini pada  pukul 6 petang.

Penemuan mayat itu susulan penahanan suspek yang juga anggota polis selepas mangsa dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu.

Suspek kemudian direman tujuh hari hingga esok untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×