Jambatan runtuh di utara China ragut 11 nyawa

Jambatan runtuh di utara China ragut 11 nyawa

IMEJ di televisyen CCTV menunjukkan bahagian jambatan yang sebahagiannya tenggelam.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan lebih 30 yang lain hilang selepas sebuah jambatan runtuh akibat hujan lebat di utara China, semalam.

Jambatan yang merentasi sebuah sungai di Shangluo, wilayah Shaanxi runtuh sekitar pukul 8.40 malam (waktu tempatan), akibat hujan lebat dan banjir kilat, lapor agensi berita Xinhua.

Penyiar kerajaan China Central Television (CCTV) berkata, hampir 20 kenderaan dan lebih 30 orang dilaporkan masih hilang.

Setakat ini, 11 mangsa ditemukan di dalam lima kenderaan yang jatuh ke dalam sungai, kata penyiar itu.

Sementara itu, imej di televisyen CCTV menunjukkan bahagian jambatan yang sebahagiannya tenggelam.

CCTV berkata, Presiden China, Xi Jinping menggesa usaha menyeluruh dilakukan untuk mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang.

Sebahagian besar utara dan tengah China dilanda hujan sejak Selasa yang menyebabkan banjir dan kerosakan yang ketara.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×