Bersatu Kelantan sifatkan penggantungan MP Machang tidak wajar Bersatu Kelantan sifatkan penggantungan MP Machang tidak wajar

Bersatu Kelantan sifatkan penggantungan MP Machang tidak wajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH:  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan berkata, belum pernah ada mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang digantung selama enam bulan sebagaimana dialami oleh Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal.

Pengerusinya, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, penggantungan itu antara paling lama dalam sejarah arena politik negara.

“Tidak pernah lagi dalam sejarah  Ahli Parlimen digantung selama itu. Bagi saya ia adalah tindakan yang tidak wajar.

“Apa kesalahan Wan Ahmad Fayhsal sehingga dihukum demikian,” katanya selepas merasmikan larian Jambatan Guilimart di sini hari ini.

Kamarudin memberitahu, Wan Ahmad Fayhsal mempunyai imuniti di dalam dewan dan apa yang disebut itu tidak menyentuh tentang mana-mana Ahli Parlimen, ia sekadar menyentuh seorang pegawai kerajaan.

“Kenapa beliau dikenakan tindakan padahal mendedahkan isu tersebut untuk kepentingan awam. Jika pegawai terbabit jika rasa dirinya teraniaya, dia perlu keluarkan kenyataan dan perjelaskan perkara yang didedahkan.

“Tindakan ini seolah-olah mereka menyalahgunakan kuasa majoriti di Dewan Rakyat,” ujarnya.

Utusan Online sebelum ini melaporkan, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal digantung enam bulan.

Usul tersebut lulus setelah undian belah bahagian dibuat di mana kerajaan memperoleh 110 undi, sementara pembangkang memperoleh 63 undi. Seramai 46 Ahli Parlimen tidak hadir, sementara tiga lagi tidak mengundi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×