Polis cari kad bank, alat solek Nur Farah Kartini dalam sungai

Polis cari kad bank, alat solek Nur Farah Kartini dalam Sungai Trolak

UNIT Skuba Forensik PDRM dan anggota polis membuat semakan kedalaman air Sungai Trolak, Slim River, Perak hari ini dalam misi pencarian bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah. - UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Isi beg tangan seperti kad bank, alat solek dan pengecas telefon dikatakan antara barangan yang mahu dicari dalam operasi pencarian bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Slim River dekat sini.

Operasi tersebut dibuat di Sungai Trolak, Kampung Batu 4 yang merupakan lokasi penemuan beg tangan yang dipercayai milik Nur Farah Kartini pada kelmarin.

Unit Skuba Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kekuatan lima anggota tiba di sungai tersebut kira-kira pukul 11.14 pagi tadi.

Namun difahamkan mereka mengambil keputusan untuk menangguhkan operasi pencarian kira-kira sejam kemudian apabila mendapati keadaan air sungai yang deras dan dalam akibat cuaca hujan.

Difahamkan, beg tangan berwarna coklat yang dtemukan kelmarin dijumpai tersangkut di dahan pokok 270 meter jarak dari jambatan tempat lokasi pencarian bermula operasi.

Beg tangan tersebut ditemui pada pukul 4.40 petang dengan kandungannya telah kosong yang dipercayai telah dihanyutkan air atau telah dibuang satu persatu.

Sementara itu, petugas media yang telah berada di lokasi pencarian sejak pukul 9 pagi difahamkan, penangguhan operasi itu dibuat memandangkan ketinggian air mencecah dua hingga tiga meter, berbanding paras biasa satu meter.

Keadaan air keruh, dasar sungai yang berbatu dan dahan pokok besar serta tajam juga dipercayai antara sebab operasi pencarian itu ditangguh demi keselamatan para anggota bertugas.

Petugas media difahamkan operasi akan disambung setelah keadaan air sungai itu selamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×