Polis lepaskan tembakan, tahan tiga penjenayah cuba larikan diri - Utusan Malaysia

Polis lepaskan tembakan, tahan tiga penjenayah cuba larikan diri

GAMBAR yang tular dalam media sosial berkaitan insiden tembakan di Jalan Pulasan 17, Taman Kota Masai, Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan yang dinaiki tiga penjenayah ketika cuba melarikan diri di Jalan Pulasan 17, Taman Kota Masai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, tiga lelaki tersebut diburu selepas disyaki terlibat dalam jenayah curi.

Walau bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan terdapat salah seorang daripada suspek yang cuba melarikan diri maut  dalam kejadian tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Disahkan kes ini berlaku di kawasan Seri Alam susulan operasi mengesan penjenayah membabitkan kejadian curi.

“Ya, ada tembakan dilepaskan oleh pihak polis setelah suspek cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta. Walau bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan, setakat ini ada tiga suspek telah ditahan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tular kejadian rompakan di Jalan Pulasan 17, Taman Kota Masai dalam media sosial yang mengundang pelbagai andaian mengenainya.

Menurut salah satu hantaran dalam Facebook Komuniti Kota Masai, warganet mendakwa terdengar bunyi tembakan pistol dan mendakwa insiden itu telah menyebabkan kematian seorang penjenayah.

Penjenayah didakwa menceroboh rumah seorang pengasuh, namun tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×