Lelaki tikam rakan 11 kali sebelum terjun dari tingkat lima - Utusan Malaysia

Lelaki tikam rakan 11 kali sebelum terjun dari tingkat lima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang lelaki mabuk gagal mengawal emosinya apabila sanggup menikam rakan serumahnya sebanyak 11 tikaman dalam kejadian di perumahan Desa Mentari di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5.45 pagi itu, suspek turut mengalami kecederaan selepas bertindak nekad terjun dari tingkat lima bangunan itu bagi melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar@Ismail berkata, satu laporan diterima berhubung kejadian itu.

Kata beliau, pihak polis kemudian bergegas ke ke lokasi sebelum menemukan seorang lelaki dalam keadaan terbaring berlumuran darah dipercayai ditikam rakan serumah.

“Suspek yang menikam mangsa ditemukan di tingkat bawah kawasan perumahan berkenaan dalam keadaan cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, suspek patah di bahagian pinggang dan cedera di rusuk kanan selepas terjun dari bangunan berkenaan.

“Kedua-dua merek dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Polis turut merampas pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian berkenaan,” jelasnya.

Tanbah beliau, semakan rekod lampau mendapati kedua-dua individu terbabit tidak mempunyai rekod jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×