Pelabuhan Israel diisytihar muflis kerana sekatan Houthi

Pelabuhan Israel diisytihar muflis kerana sekatan Houthi

SEBUAH bot peluru berpandu tentera laut Israel melakukan rondaan di Laut Merah, di luar pantai pelabuhan Eliat, di selatan Israel.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Pelabuhan Israel di Laut Merah, Eilat secara rasmi diisytiharkan muflis berikutan penurunan mendadak dalam aktiviti komersial dan sumber pendapatan.

Ia akibat sekatan tentera laut yang dikenakan oleh Houthi terhadap kapal kargo berkaitan Israel sejak November lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pelabuhan Eilat, Gideon Golber berkata, hanya satu kapal yang berlabuh dalam beberapa bulan terakhir, selepas pihak Yemen menutup akses ke pelabuhan tersebut.

Awal bulan ini, pelabuhan Eilat menggesa kerajaan memberikan bantuan kewangan sejak Tel Aviv melancarkan perang terbaharu di Gaza pada Oktober tahun lalu.

Pada Disember, Golber berkata, terdapat penurunan sebanyak 85 peratus dalam operasi sejak Angkatan Bersenjata Yemen memulakan serangan terhadap kapal berkaitan Israel di Laut Merah.

Ketika itu, beliau menjangka Pelabuhan Eilat berkemungkinan perlu menghentikan sementara pekerja jika situasi tersebut berterusan.

Pada masa sama, pelabuhan Ashdod dan Haifa di Mediterranean juga bersedia berdepan kemungkinan peningkatan serangan dari arah utara dengan kumpulan Hezbollah di Lubnan, menurut Jerusalem Post.

Ini kerana, kedua-dua pelabuhan itu berada dalam lingkungan sasaran peluru berpandu Hezbollah.

Pengerusi Pelabuhan Ashdod, Shaul Schneider memberi amaran semua pelabuhan Israel tidak akan beroperasi kecuali Ashdod, disebabkan oleh peningkatan dan penutupan Pelabuhan Eilat.

Menerusi temu bual dengan akhbar Israel, Schneideer berkata, Ashdod adalah satu-satunya pelabuhan kerajaan, dan Israel secara efektif adalah ‘negara pulau’ dengan 99 peratus barangan masuk melalui laut.

Beliau berkata, pelabuhan Ashdod mengendalikan 40 peratus daripada barangan dan berkhidmat dengan kedua-dua institusi keselamatan serta ketenteraan Israel dan Amerika Syarikat (AS) dengan kapal mereka.

Schneider juga menekankan Ashdod sebagai kemudahan strategik kritikal yang terus beroperasi, walaupun menjadi sasaran peluru berpandu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×