Penyeludup lintang-pukang lari tinggalkan gula

Penyeludup lintang-pukang lari tinggalkan gula

KPDN Kelantan mematahkan cubaan menyeludup gula dalam serbuan di kawasan pangkalan haram di Kampung Simpangan, Tumpat, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Dua penyeludup lintang-pukang lari meninggalkan 774 kilogram (kg) gula selepas kereta yang dipandu mereka diserbu anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan dalam serbuan berasingan semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Serbuan pukul 8.30 malam itu dilakukan di sekitar kawasan pangkalan haram dekat Kampung Simpangan yang membawa kepada rampasan barangan kawalan bersubsidi termasuk kereta dianggarkan berjumlah RM16,120.40.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, semasa serbuan dilakukan penyeludup tersebut terus bertindak melarikan diri dengan meninggalkan kereta jenis Proton Wira Aeroback.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut yang dilakukan membawa kepada penemuan 432 kg gula pasir kasar.

“Serbuan kedua pada waktu yang sama dan lokasi berdekatan, KPDN Kelantan telah menjumpai sebuah Proton Wira Aeroback.

“Bagaimanapun, suspek bertindak melarikan diri dan pemeriksaan yang dilakukan membawa kepada penemuan 312 kg gula pasir,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azman memberitahu, terdahulu pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 20-an dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Kepulau Palekbang yang membawa kepada rampasan 100 liter petrol.

Katanya, serbuan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Chepa itu membawa kepada penemuan tangki tambahan yang telah ubahsuai pada kereta Proton Iswara untuk tujuan penyeludupan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini