Kumpulan Botak aktif curi motosikal tumpas

Kumpulan Botak aktif curi motosikal tumpas

TIGA suspek menunjukkan motosikal yang dicuri ketika serbuan anggota polis di Semabok, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri motosikal dikenali Kumpulan Botak yang aktif sejak Januari lalu susulan penahanan enam remaja bawah umur termasuk dua yang masih bersekolah.

Kesemua suspek berusia antara 13 dan 17 tahun ditahan secara berasingan di Semabok, Krubong dan Masjid Tanah menerusi Op Lejang pada 4, 6 dan 7 Julai lalu.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Md. Nazri Zawawi berkata, serbuan pertama dilakukan Cawangan D4 Risikan Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di  sebuah rumah di Semabok dan berjaya menahan tiga suspek.

Katanya, serbuan seterusnya berjaya menahan seorang suspek di tepi jalan Sungai Badau, Krubong sementara dua suspek lagi dicekup dalam serbuan ketiga di Taman Paya Rumput, Masjid Tanah. 

“Sebanyak enam motosikal yang dilaporkan hilang dan sebuah motosikal digunakan sindiket untuk mencuri turut dirampas. Hasil siasatan mendapati sindiket diketuai remaja berusia 13 tahun dikenali sebagai Botak.

“Sindiket menyasarkan motosikal yang diletakkan di luar rumah dan tidak berpagar. Motosikal yang dicuri juga untuk kegunaan sendiri dan rakan-rakan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Md. Nazri, hasil semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan ujian air kencing adalah negatif.

“Dua suspek termasuk ketua sindiket ini masih bersekolah. Dengan penahanan kesemua suspek, polis berjaya menyelesaikan enam kes kecurian motosikal di sekitar Melaka. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×