Trump pilih Senator JD Vance jadi calon Naib Presiden

Trump pilih Senator JD Vance jadi calon Naib Presiden

JD VANCE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILWAUKEE: Pemimpin Parti Republikan, Donald Trump memilih Senator JD Vance sebagai gandingannya untuk Pilihan Raya Presiden 2024.

Trump menamakan Vance, seorang ahli politik yang pernah mengkritik beliau secara kasar, sebelum individu itu menjadi pembela terkuatnya.

“Selepas berbincang dan berfikir panjang, serta mempertimbangkan bakat luar biasa, saya memutuskan individu yang paling sesuai untuk menyandang jawatan Naib Presiden AS ialah Senator J.D Vance dari Ohio,” tulis Trump di laman web media, Truth Social.

Berita itu, menjadi subjek spekulasi dalam beberapa minggu terakhir, kerana muncul pada permulaan Konvensyen Kebangsaan Republikan selama empat hari di Milwaukee untuk menamakan tiket presiden parti.

Tidak lama selepas itu, Vance muncul di majlis tersebut diiringi tepukan gemuruh perwakilan parti, tetapi tidak memberikan sebarang kenyataan.

Pemilihan James David Vance boleh membantu meningkatkan jumlah keluar mengundi untuk Trump dalam pemilihan Presiden pada 5 November, terutama di beberapa negeri ‘Rust Belt’, di mana pilihan raya mungkin diputuskan.

Sebagai seorang pendukung tegar konservatif, Vance tidak mungkin berjaya menarik lebih ramai pengundi baharu ke dalam barisan kepemimpinan Trump.

Menurut beberapa sumber, antara mereka yang secara peribadi menyokong Vance ialah anak sulung Trump, Donald Trump Jr dan pengulas konservatif, Tucker Carlson.

Dalam memilih Vance, Trump mengetepikan pesaing lain, termasuk Senator AS, Marco Rubio dan Gabenor Dakota Utara, Doug Burgum.

Pada usia 39 tahun, Vance mewakili generasi muda dalam pilihan raya yang menampilkan Trump, 78, manakala Presiden AS, Joe Biden, 81, membawa pengimbang kepada tiket Demokrat yang turut merangkumi Naib Presiden, Kamala Harris, 59.

Pemilihan dan kenaikan pantas Vance adalah sesuatu yang luar biasa untuk politik AS.

Beliau menjadi terkenal selepas 2016 apabila menulis ‘Hillbilly Elegy’, ketika Vance menyelidik masalah sosioekonomi yang dihadapi oleh bandarnya sendiri.

Buku itu mengkritik budaya yang dianggap Vance sebagai merosakkan diri di luar bandar Amerika dan berusaha untuk menerangkan populariti Trump dalam kalangan orang berkulit putih Amerika yang miskin.

Vance sendiri mengkritik keras Trump, sebelum dan selepas kemenangannya dalam pilihan raya 2016 menentang calon Presiden Demokrat, Hillary Clinton, menggelarnya sebagai ‘bodoh’ dan ‘Hitler Amerika’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×