Tiga negara tingkat kerjasama - Utusan Malaysia

Tiga negara tingkat kerjasama

RETNO MARSUDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia akan meningkatkan kerjasama dengan Malaysia dan Filipina dalam sektor keselamatan serantau bagi menangani insiden penculikan membabitkan kumpulan militan Abu Sayyaf.

Lapor Kompas.com, Menteri Luar, Retno Marsudi berkata, peningkatan kawalan keselamatan akan dilakukan di sekitar perairan Sabah, Malaysia.

“Indonesia komited untuk meningkatkan tahap keselamatan  di perairan Sabah dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia dan Filipina.

“Kerjasama itu diharap dapat menangani kes penculikan rakyat negara ini oleh Abu Sayyaf,” katanya.

Retno juga memaklumkan usaha pencegahan itu dapat dilakukan dengan mewujudkan komunikasi secara intensif antara Kementerian Luar Indonesia dengan rakyat negara ini yang bekerja di sektor perkapalan Malaysia.

Katanya, sejak 2016, seramai 44 rakyat Indonesia pernah menjadi tawanan Abu Sayyaf.

“Sedikit demi sedikit tawanan dibebaskan dan hingga kini, tiada lagi rakyat Indonesia yang menjadi tahanan Abu Sayyaf.

“Empat tawanan yang merupakan rakyat Indonesia berjaya dibebaskan selepas diselamatkan oleh pasukan keselamatan Filipina dalam satu operasi, baru-baru ini,” ujarnya.

Keempat-empat tawanan tersebut ditahan oleh kumpulan militan terbabit sejak 16 Februari 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×