Acara berbasikal promosi produk pelancongan

Acara berbasikal promosi produk pelancongan

PESERTA yang menyertai kayuhan Fun Ride Railway To See Malaysia di Batu Gajah semalam. – UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Seramai 400 peserta menyertai kayuhan ‘Fun Ride Railway To See Malaysia’ sejauh 45 kilometer bermula di Silverlakes Village Outlet di sini sempena Tahun Melawat Perak 2024, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pe­lan­congan, Pelaburan, Industri dan Pembangunan Koridor nege­ri, Loh Sze Yee berkata, program untuk mempromosikan produk-produk pelancongan khususnya di sekitar daerah Batu Gajah.

“Antara destinasi-destinasi pe­lancongan di sini ialah Kellie’s Castle, Tanjung Tualang Tin Dredge, Silverlakes Village Outlet, Pekan Papan, Escape Ipoh, dan banyak lagi,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Sze Yee, secara tidak langsung, program itu akan memberikan limpahan ekonomi kepada pengusaha makanan, pengusaha hotel dan pengusaha pengangkutan sekaligus dapat meningkatkan capaian kempen Tahun Melawat Perak 2024 ke pasaran domestik.

“Program seumpama ini diharap dapat mencapai hasrat dan objektif seiring dengan sa­saran kerajaan negeri untuk menarik lapan juta pelancong domestik dan 350,000 pelancong antarabangsa ke negeri Perak sempena Tahun Melawat Perak 2024,” katanya.

Sementara itu, Ketua Teknikal KTMB, Ahmad Nizam Mohd Amin berkata, KTMB menyediakan per­khidmatan sewaan koc khas untuk basikal iaitu Ekspress Koc Basikal (XKB) sejak tahun 2021.

“Bagi perjalanan sempena pro­gram ini, KTMB membawa lima koc dan satu koc boleh memuatkan 60 unit basikal.

“Harga bagi lima koc ini bermula dari RM20,000 untuk perjalanan dua hala,” katanya.

Sementara itu, peserta kayuhan dari Kuala Lumpur, Wan Mohamad Amin Wan Salim, 34, berkata, kayuhan yang bermula dari Silverlakes Village Outlet ke Kapal Korek Tanjung Tualang (TT5) melalui Kellie’s Castle, The Treasure atau Taman Herba Gopeng membantu mempromosikan sektor pelancongan di daerah ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini