LOS ANGELES: Lebih lima tahun mengikat tali pertunangan, pelakon, Eddie Murphy kini sah bergelar suami kepada model kelahiran Australia, Paige Butcher.
Lapor majalah People, pasangan tersebut disatukan dalam sebuah majlis tertutup Selasa lalu.
Keduanya, yang menjalinkan percintaan sejak tahun 2012, memiliki dua cahaya mata bersama iaitu Izzy Oona, 8, dan Max Charles, 5.
Murphy sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nicole Mitchell.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Bria, 34, Myles, 31, Shayne, 29, Zola, 24, dan Bella, 22.
Murphy juga merupakan bapa kepada sons Eric, 34, dan Christian, 33, yang dimiliki bersama bekas kekasihnya, Paulette McNeely and Tamara Hood.
Beliau juga pernah menjalinkan hubungan dengan anggota kumpulan Spice Girls, Melanie B. Mereka dikurniakan seorang anak, Angel yang berusia 17 tahun.
Murphy sekitar dua minggu lalu mengejutkan peminat apabila membuat pengakuan sudah berkahwin dengan Paige menerusi wawancara bersama The New York Time.











