Penyeludup lari tinggalkan 476 kg minyak masak

Penyeludup lari tinggalkan 476 kg minyak masak

MINYAK masak peket yang dirampas KPDN Kelantan dalam serbuan di tepi jalan Pohon Pulai, Bunohan, Tumpat, Kelantan kelmarin.-IHSAN KPDN Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang penyeludup bertindak melarikan diri dengan meninggalkan sebuah kereta Perodua Kancil yang sarat berisi 476 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi selepas diserbu anggota penguat kuasa di jalan Pohon Pulai, Bunohan di sini kelmarin.

Rampasan pukul 7.40 pagi itu dilakukan sepasukan anggota dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan berpandukan kepada maklumat risikan.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, menyedari kehadiran anggota KPDN Kelantan suspek terus bertindak melarikan diri dengan meninggalkan barangan subsidi itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan membawa kepada penemuan 476 kg minyak masak di tempat duduk penumpang dan bahagian belakang kereta tersebut.

“Nilai rampasan termasuk kereta dianggarkan berjumlah RM6,190 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azman memberitahu, KPDN Kelantan sentiasa serta melipat gandakan usaha membanteras ketirisan barang kawalan di sempadan negara ini menerusi kerjasama dengan agensi penguat kuasa lain.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini