Arak, rokok seludup bernilai RM725,324 dirampas

Arak, rokok seludup bernilai RM725,324 dirampas

POLIS Johor merampas pelbagai jenis rokok dan arak bernilai RM725,324 menerusi dua operasi berasingan di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor merampas pelbagai jenis minuman keras beserta rokok bernilai RM725,324 menerusi dua operasi berasingan yang dijalankan di Tampoi dan Masai, di sini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar memberitahu, operasi pertama dijalankan di Taman Megah Ria, Masai, Rabu lalu manakala operasi kedua dijalankan di Damansara Aliff, semalam.

“Menerusi operasi pertama yang dijalankan pada pukul 7.30 malam, pihak polis menyerbu premis yang menyimpan 70 kotak dan karton minuman keras dipercayai tidak bercukai bernilai RM60,324.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam serbuan itu, kita turut menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang merupakan penjaga di premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Tambah beliau, antara yang dirampas termasuklah 10 karton tin Carlsberg; tiga karton tin Tiger dan dua karton tin jenis Heineken.

Sementara itu, M. Kumar memberitahu, menerusi operasi kedua, pihaknya berjaya merampas pelbagai jenis rokok yang disimpan di dalam sebuah lori lima tan.

“Antara yang dirampas termasuklah 60 kotak rokok jenama NYX merah dan 45 kotak rokok jenama NYX hijau.

“Menerusi serbuan yang dijalankan pada pukul 9.30 malam itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan berusia 23 dan 29 tahun,” ujarnya.

Kumar memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) dan Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini