Sisa Jambatan Guillemard jadi monumen sejarah

Sisa Jambatan Guillemard jadi monumen sejarah

BAHARI Mohamad Nor (kiri) bersama Setiausaha MDTM, Tengku Ahmad Zarir Tengku Abdul Rahim menunjukan kerja-kerja mengambil semula sisa runtuhan jambatan kereta api Gullimerd di Kursial Bharu, Tanah Merah, Kelantan. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Sebahagian sisa runtuhan Jambatan Guillemard yang dibom tentera British pada 11 Disember 1941 diangkat semula dari dasar Sungai Kusial di sini untuk dijadikan monumen sejarah di Taman Guillemard.

Jambatan pertama merentasi Sungai Kelantan itu dibom bagi menghalang kehadiran tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Gual Ipoh, Bahari Mohamad Nor berkata, usaha mendapatkan semula jambatan kereta api yang terbenam ke dasar sungai sejak lebih 83 tahun lalu mendapat kerjasama pelbagai pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah siri kelima usaha mendapatkan semula sisa runtuhan besi keluli yang masih belum berkarat.

“Besi seberat lima tan de­ngan ukuran panjang enam meter dan lebar 3.6 meter akan diangkat menggunakan kren ke tebing Sungai Kusial,” katanya ketika ditemui di Kusial Bharu, di sini semalam.

Bahari memberitahu, antara agensi yang terbabit bagi me­ngangkat semula sisa runtuhan itu ialah Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) Kereta Api Ta­nah Melayu Berhad (KTMB), Perbadanan Aset

Kereta Api (RAC), Jabatan Bomba Penye­lamat Kelantan, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kementerian Pelancongan, Muzium Negeri Kelantan dan Kor Jurutera, Lapan Briged.

Menurutnya, monumen ter­sebut akan dinaikkan dalam rupa bentuk dalam semetri sebenar termasuk jambatan dan landasan kereta api yang bakal mencecah 100 tahun usianya pada 19 Julai ini.

“Perbelanjaan mendaratkan semula sisa runtuhan itu men­cecah RM5,000 manakala pembangunan Taman Guillemard membabitkan perbelanjaan sebanyak RM2 juta.

“Pembangunan Taman Guillemard bakal menjadikan lokasi itu sebagai ikon pelancongan sejarah di negeri ini,” ujarnya.

Tambah Bahari, beliau sedang berusaha untuk bekerja­sama kerajaan Thailand di Kanchanaburi untuk mendapatkan papan tanda berkembar yang berkait dengan sejarah Jamba­tan Guillemard. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN