Empat bulan gaji tertunggak, 20 tukang cuci ikat perut

Empat bulan gaji tertunggak, 20 tukang cuci ikat perut

SEBAHAGIAN tukang cuci yang tidak dibayar gaji menunjukkan laporan polis dan Jabatan Tenaga Manusia yang dibuat di Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 20 tukang cuci di empat buah sekolah di sini terpaksa ikat perut dan meneruskan pekerjaan mereka meskipun tidak dibayar gaji oleh majikan atau kontraktor dilantik sejak empat bulan lalu.

Mereka tiada pilihan selain perlu terus bekerja kerana majikan mengugut tidak akan membayar tunggakan gaji sekiranya tidak hadir.

Mohamad Hanif Ridzuan, 29, berkata, dia bakal melangsungkan perkahwinan pada September ini dan terpaksa berhutang dengan keluarga untuk melengkapkan wang hantaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, dia sudah sembilan tahun bekerja sebagai tukang cuci dan memerlukan sebanyak RM15,000 untuk urusan majlis perkahwinan termasuk wang hantaran untuk bakal isterinya.

“Saya amat berharap semua tunggakan gaji itu dapat dibayar sebelum majlis perkahwinan. Saya sudah buntu memikirkan persiapan perkahwinan lebih-lebih lagi apabila tiada gaji ketika ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Selain itu, mereka juga mendakwa majikan atau kontraktor terbabit tidak dapat dikesan sehingga kini selain panggilan telefon tidak dijawab.

Sementara itu, ibu tunggal, Noriah Mat, 50, dari Melor di sini berkata, dia terpaksa berhutang dan bergadai barang kemas untuk perbelanjaan harian termasuk makan dan minyak motosikal.

Menurutnya, ini merupakan kali pertama tukang cuci di sekolahnya mengalami masalah tunggakan gaji sejak dia bekerja lebih dua tahun lalu.

“Saya difahamkan selepas majikan baharu mengambil alih daripada kontraktor sebelum ini, mereka sudah memperoleh tuntutan daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Meskipun berdepan tunggakan gaji hampir RM6,000, saya tetap bekerja seperti biasa kerana majikan ugut tidak bayar jika kami tidak hadir,” ujarnya.

Ashrul Dalame Awang, 38, pula berkata, dia antara 20 tukang cuci dari empat sekolah di bawah seliaan majikan sama belum menerima gaji selama empat bulan.

Menurutnya, dia yang beker­ja untuk menampung perbe­lanjaan ibunya yang terlantar kerana angin ahmar sejak 12 tahun lalu bimbang tidak dapat membeli susu dan lampin pakai buang kerana tiada wang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini