NATO perkukuh hubungan negara Asia menentang China

NATO perkukuh hubungan negara Asia menentang China

PRESIDEN AS, Joe Biden (tengah) dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy (kanan) mengambil bahagian dalam pelancaran Ukraine Compact pada Sidang Kemuncak NATO 2024 di Washington.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pemimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bersetuju untuk memperkukuhkan hubungan dengan beberapa negara di Asia selepas menyelar China sebagai pendukung penting dalam perang Russia.

Perkara itu diumumkan pemimpin NATO sebelum mengadakan perbincangan dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada akhir sidang kemuncak di Washington, pada Khamis.

Perikatan 32 negara menggunakan satu set draf yang penuh dengan kemegahan di ibu negara Amerika Syarikat (AS) untuk mempamerkan keazamannya menentang Moscow dan menyokong Kyiv.

Perhimpunan tiga hari itu dibayangi oleh ketidaktentuan politik di AS ketika Presidennya, Joe Biden berjuang untuk survival politiknya.

Selepas menghabiskan sebahagian besar sidang kemuncak itu untuk mengukuhkan Ukraine, NATO mengalihkan perhatian ke arah timur dengan mengalu-alukan kehadiran pemimpin Australia, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan.

Deklarasi tegas yang dikeluarkan NATO sebelum ini menyebut Beijing sebagai ‘pendukung penting dalam perang Russia terhadap Ukraine’, melalui pembekalan barangan dwi-guna seperti cip mikro yang boleh membantu tentera Moscow.

Pemimpin NATO mendakwa, China tidak boleh membenarkan perang terbesar berlaku di Eropah.

Pada masa sama, China menerusi jurucakap misi Beijing ke Kesatuan Eropah (EU) menggesa NATO berhenti menghebohkan apa yang dipanggil ancaman China dan mencetuskan konfrontasi serta persaingan.

“Kami menggesa NATO untuk merenung punca krisis dan tindakannya sendiri, mendengar dengan teliti suara masyarakat antarabangsa dan mengambil tindakan konkrit untuk meredakan keadaan, bukan meletakkan kesalahan kepada pihak lain,” katanya.

China enggan mengutuk pencerobohan Russia dan tahun lepas ia mengeluarkan kertas yang menggesa ‘penyelesaian politik’ kepada konflik itu.

Negara republik itu menunjukkan pendiriannya sebagai pihak yang neutral dalam konflik tersebut, tetapi ia bagaimanapun menawarkan talian hayat kepada ekonomi Russia, dengan perdagangan berkembang pesat sejak konflik tercetus.

AS mendorong sekutu Eropah selama bertahun-tahun untuk memberi perhatian lebih dekat kepada cabaran yang ditimbulkan oleh China.- AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×