Korea Selatan guna laser ‘StarWars’ sasar dron Korea Utara

Korea Selatan guna laser ‘StarWars’ sasar dron Korea Utara

SISTEM laser Blok-I ditunjukkan dalam gambar edaran Pentadbiran Program Perolehan Pertahanan (DAPA) Korea Selatan.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Selatan akan menggunakan senjata laser untuk menembak jatuh dron Korea Utara tahun ini, menjadikannya negara pertama di dunia yang mengendalikan senjata sedemikian dalam ketenteraan.

Negara itu menggelarkan program lasernya sebagai ‘projek StarWars’.

Menurut Pentadbiran Program Perolehan Pertahanan (DAPA), senjata laser ‘zapping dron’ yang dibangunkan oleh tentera Korea Selatan bersama Hanwha Aerospace (012450.KS), adalah berkesan dan murah dengan hanya 2,000 won (RM6.80) setiap tembakan, tetapi senyap serta tidak kelihatan.

“Negara kita menjadi yang pertama di dunia mengerahkan dan mengendalikan senjata laser, dan keupayaan tindak balas tentera kita terhadap provokasi dron Korea Utara akan diperkukuh lagi,” kata DAPA sambil menyifatkan senjata tersebut sebagai perubahan besar dalam medan perang di masa hadapan.

Jurucakap DAPA dalam taklimatnya menjelaskan, senjata laser ini berupaya menembak jatuh dron dengan membakar enjin atau peralatan elektrik lain dalam dron melalui pancaran cahaya selama 10 hingga 20 saat.

Pada Disember, lima dron Korea Utara melintasi ke Selatan, yang secara teknikalnya masih berperang dengan Pyongyang, mendorong Seoul mengerahkan jet pejuang dan menyerang helikopter, dalam pencerobohan pertama  sejak 2017.

Pertempuran dalam Perang Korea 1950-1953 berakhir dengan gencatan senjata, bukan melalui perjanjian damai, selain Zon Demiliterisasi (DMZ) antara kedua-dua negara.

Amerika Syarikat (AS) berkata, Korea Utara dan Selatan melanggar gencatan senjata yang mengawal sempadan bersama dengan menghantar dron ke ruang udara masing-masing.

Kebanyakan negara termasuk Korea Selatan, China dan United Kingdom (UK) berlumba-lumba untuk membangunkan dan menggunakan senjata laser, juga dikenali sebagai senjata terarah, kata sebuah badan pemikir AS, RAND Corporation.- REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×