Barat digesa tolak 'double standard' dalam isu Gaza

Barat digesa tolak ‘double standard’ dalam isu Gaza

PEDRO Sanchez berucap semasa sidang kemuncak NATO 2024 di Washington, DC, 10 Julai lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menggesa Barat untuk menolak sikap ‘double standard’ berhubung konflik di Gaza, ketika beliau menyertai pemimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dalam menyokong Ukraine.

Sepanyol di bawah pimpinan Sanchez pernah mencetuskan kemarahan kerajaan sayap kanan Israel kerana mengiktiraf sebuah negara Palestin dan mengkritik tindakan Tel Aviv dalam perangnya dengan Hamas.

“Jika kami beritahu rakyat kami untuk menyokong Ukraine kerana mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia adalah sama dengan apa yang perlu kami lakukan kepada Gaza,” katanya berucap pada sidang kemuncak ulang tahun ke-75 NATO di Washington.

Pemimpin sosialis itu menegaskan, kedudukan politik yang konsisten perlu ada tanpa sebarang sikap ‘double standard’.

Sanchez berkata, negara di seluruh dunia perlu mendesak Israel untuk menghentikan krisis kemanusiaan dahsyat yang menjejaskan jutaan rakyat di Gaza dan menggesa persidangan keamanan antarabangsa untuk negara Palestin.

“Kita perlu mewujudkan syarat untuk gencatan senjata segera dan serta-merta. Terdapat risiko berlaku peningkatan serangan ke Lubnan,” katanya.

Beliau juga menyokong ‘demokrasi, kebebasan dan hak untuk wujud di negara sendiri seperti Ukraine’.

Pada sidang kemuncak itu, pemimpin NATO mengeluarkan deklarasi yang menyatakan Kyiv berada di laluan ‘tidak dapat dipulihkan’ untuk menyertai pakatan tersebut.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×