Lelaki ditahan menyamar anggota tentera - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan menyamar anggota tentera

LELAKI yang ditangkap selepas dipercayai menyamar sebagai anggota tentera dan memiliki pakaian seragam pasukan keselamatan itu di Ipoh semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki berusia 20 tahun yang memakai pakaian seragam tentera ditahan polis kerana dipercayai menyamar sebagai anggota pasukan keselamatan itu, semalam.

Tangkapan terhadap lelaki warga tempatan itu dibuat di kawasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada pukul 9.30 pagi susulan aduan daripada seorang lelaki berusia 36 tahun.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, semasa berada di hospital, pengadu yang juga anggota tentera itu telah terserempak dengan suspek yang memakai pakaian lengkap tentera namun tatacara pemakaiannya salah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, curiga dengan keadaan itu, pengadu telah menghampiri suspek dan meminta menunjukkan kad pengenalan tentera namun lelaki itu gagal berbuat demikian sebaliknya hanya menunjukkan kad pengenalan biru.

“Pengadu kemudiannya telah menahan suspek dan membawanya ke balai polis untuk membuat laporan.

“Tangkapan semula telah dibuat ke atas lelaki itu dan beberapa barang kes dirampas termasuk sepasang baju uniform celoreng digital warna hijau, sepasang kasut taktikal hitam, sehelai kemeja-T dan tali pinggang kancas hitam berkepala besi,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal, suspek memberitahu dia memakai pakaian seragam tentera di hospital kerana mahu menarik perhatian orang ramai.

Katanya, dia juga menyatakan minat untuk menjadi seorang anggota tentera.

“Suspek juga memaklumkan bahawa pakaian seragam tentera yang dipakainya itu dibeli di sebuah kedai pakaian di Tambun.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan kerana memiliki pakaian askar,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini