DUN Perak: Rampas tanah diteroka secara haram - Utusan Malaysia

DUN Perak: Rampas tanah diteroka secara haram

SAARANI Mohamad menjawab soalan pada Sidang DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Merampas atau memusnahkan tanaman merupakan antara tindakan yang boleh diambil terhadap aktiviti penerokaan haram di atas tanah-tanah milik kerajaan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan akan mengambil tanah yang telah diterokai secara haram tanpa sebarang bayaran pampasan sekiranya hendak membuat pembangunan di tanah tersebut.

“Jika dia meneroka, notis akan dikeluarkan supaya mereka memberhentikan penerokaan. Jika tidak juga (berhentikan aktiviti penerokaan), maka menjadi hak bagi pihak berkuasa tanah dan daerah untuk mengambil tindakan sama ada kita merampas atau menyita atau kita memusnahkan tanaman itu kerana adalah hak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini ketika menjawab soalan berkenaan isu penerokaan tanah yang dikemukakan oleh Razman Zakaria (PN-Gunung Semanggol) dan Ishsam Shahruddin (UMNO-Ayer Kuning).

Saarani juga pada masa sama menolak anggapan kononnya sesiapa sahaja boleh meneroka tanah kerajaan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan rasmi.

“Tak betul kalau ada arahan menyatakan teroka dulu baru mohon, itu salah. Kena memohon secara sah. Apabila mohon, pejabat tanah akan buat kajian sama ada tanah tersebut wujud atau sudah ada tuan punya,” katanya.

Jelas Menteri Besar, jika tanah kerajaan itu yang menurut pendapat pejabat tanah dan daerah bersesuaian untuk tujuan permohonan bagi aktiviti bercucuk tanam, maka hal tersebut akan dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa tanah dan daerah untuk tindakan selanjutnya.

Namun kata beliau, didapati memang ramai yang meneroka secara haram dan sekiranya permohonan dibuat kemudian serta diluluskan, maka pihak peneroka dikenakan denda sehingga enam kali ganda.

Tambah beliau, sebarang permohonan untuk kelulusan tanah akan melalui proses teknikal bagi menilai keseuaian serta impak aktiviti yang mahu dilaksanakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×