Wanita dihempap kayu balak ‘ditidurkan’

Wanita dihempap kayu balak ‘ditidurkan’

SITI Norelyana Kamarulzaman kini ditidurkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Wanita yang nya­ris maut dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara di sini semalam, terpaksa ‘ditidurkan’ untuk menjalani prosedur pembedahan.

Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, kini berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan masih dalam pemantauan rapi doktor selepas bahagian tulang punggung dan tulang rusuk patah akibat batang balak menimpa bahagian belakangnya.

Selain itu, wanita itu juga mengalami kecederaan serius pada bahagian hati, limpa, hempedu dan usus.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut abang mangsa, Mohamad Azwa, 28, adiknya ditidurkan kira-kira pukul 6 petang semalam selepas menerima rawatan di Hospital Gua Musang dan dihantar ke HUSM untuk rawatan lanjut.

“Doktor memaklumkan akan buat pembedahan pada bahagian tulang belakang, punggung, tulang rusuk, hati, limpa, paru-paru dan hempedu yang me­ngalami luka teruk.

“Doktor pada ketika ini me­rawat ba­hagian usus. Buat masa sekarang, se­mangat adik saya sangat kuat. Meskipun ditidurkan, Siti Norelyana masih memberi tindak balas positif pada bahagian kaki dan tangannya,” katanya.

Mohamad Azwa memberitahu, dia tidak menyangka adik­nya merupakan mangsa kemalangan selepas melihat rakaman video yang tular di media sosial semalam.

Katanya, seluruh ahli keluarga mengharapkan keajaiban dan memohon doa daripada orang ramai untuk kesembuhan Siti Norelyana.

“Mengikut perancangan, dia akan melangsungkan perkahwinan pada bulan 12 nanti. Saya berharap apa yang dia impikan selama ini tercapai dan meminta doa orang ramai untuk ke­sembuhan adik,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum itu melaporkan, seorang wanita nyaris maut selepas motosikal yang dia tunggang dihempap muatan kayu balak dibawa sebuah lori ketika sedang mengambil selekoh di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini