Bapa, anak lelaki dan rakan berpakat rogol anak tiri

Bapa, anak lelaki dan rakan berpakat rogol anak tiri

KETIGA-tiga tertuduh dibawa oleh polis untuk menghadiri prosiding di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang bapa bersama anak lelakinya dan rakan anaknya itu  dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merogol anak tirinya berusia 12 tahun di sebuah rumah di Bachok sekitar awal tahun dan Mei lalu.

Peniaga berusia 46 tahun, anak kandung dan rakan anak itu  masing-masing berusia 22 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut dua pertuduhan, tertuduh yang berusia 46 tahun didakwa merogol anak tirinya berusia 12 tahun dan kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Bachok dekat sini pada waktu petang awal tahun ini dan pada 18 Mei hingga 22 Mei lalu.

Tertuduh itu didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, dua lelaki masing-masing berusia 22 tahun didakwa merogol mangsa sama tanpa kerelaannya apabila perbuatan itu dibuat di hadapan orang lain iaitu tertuduh pertama. Perbuatan keji itu dilakukan oleh mereka di lokasi yang sama pada awal tahun ini.

Kedua-dua lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukan hukuman penjara sehingga sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dkendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala dua beranak itu diwakili peguam, Nur Sarah Syamimi Safie dan tertuduh ketiga pula diwakili peguam, Zuhaidie Akmal Hasan Basri.

Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh memandangkan kes yang dihadapi mereka serius dan jenayah melibatkan kanak-kanak. 

Nur Sarah Syamimi dalam rayuannya memohon jaminan bagi kedua-dua anak guamnya memandangkan kes itu merupakan kesalahan pertama dilakukan oleh dua beranak itu selain mereka sudah berjanji tidak akan menganggu mangsa.

Zuhaidie Akmal juga memohon anak guamnya diberi jaminan kerana  tertuduh hanya bekerja sebagai buruh dan tinggal berasingan dengan mangsa.

Mahkamah  tidak membenarkan tertuduh pertama dan kedua diikat jamin manakala tertuduh ketiga dengan jaminan RM15,000 termasuk syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport dan hadir di balai polis terdekat setiap bulan. 

Mahkamah menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes.Tertuduh ketiga membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. – UTUSAN

 

KETIGA-tiga tertuduh dibawa oleh polis untuk menghadiri prosiding di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×