Pempengaruh kutip derma, jika  rasa tertipu buat laporan polis

Pempengaruh kutip derma, jika  rasa tertipu buat laporan polis

Ramli Mohamed Yoosuf
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tular di media sosial ketika ini mengenai pempengaruh  yang didakwa  menyeleweng dan melakukan  pecah amanah wang derma sumbangan  orang ramai

 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu sekiranya mempunyai laporan berhubung dakwaan jenayah itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

 

Menurut beliau, mana-mana orang awam yang berasa terkesan disebabkan derma berkenaan atau  mengetahui bahawa sumbangan itu disalahgunakan perlu  tampil membuat laporan polis..

 

“Ini membolehkan siasatan dijalankan oleh pihak kita,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

 

Oleh itu, Ramli mengingatkan, masyarakat supaya berhati-hati memberi derma terhadap tabung yang ditubuhkan oleh individu tertentu bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

 

Kata beliau, orang ramai dinasihatkan untuk membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang derma.

 

“Kita kena hati-hati. Mereka akan menggunakan rasa simpati dan sifat dermawan kita untuk dimanipulasi tetapi akhirnya kita  tidak tahu di mana wang itu disalurkan.

 

“Jadi jika betul hendak menderma salurkan ke tabung disediakan kerajaan atau ke tabung pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” jelasnya

 

Terdahulu, tular di media sosial mengenai pempengaruh yang dikatakan mengambil komisen hasil  kutipan derma orang ramai dengan peratusan yang tinggi.

 

Lebih mencurigakan apabila pempengaruh itu dan pasangannya dilihat hidup mewah  hingga menimbulkan pelbagai tanda tanya  warga siber.

 

Malah, pempengaruh tersebut didakwa tidak membuat audit terhadap kutipan orang ramai itu dan dikatakan juga tidak menunjukkan gambar atau bukti kutipan tersebut diserahkan kepada penerimanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini