Mansor Puteh meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya

Mansor Puteh meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya

ALLAHYARHAM MANSOR PUTEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh, 71, meninggal dunia selepas kereta Proton Iswara dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Alam Damai, Cheras, di sini semalam.

Kemalangan pada pukul 10.10 pagi itu berlaku semasa mangsa memandu dari arah Taman Len Seng menghala Ke Taman Alam Damai.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kenderaan dipandu Mansor dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Kemalangan itu mengakibatkan mangsa cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh penolong perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan semalam.

Untuk rekod, Mansor dikenali dengan sikapnya yang suka menderma darah dan pernah menerima sijil pengiktirafan atas sumbangannya menderma darah sebanyak 500 kali pada 2018.

Pada 2021, dilaporkan Mansor adalah rakyat kedua terbanyak menderma darah dalam negara. Berusia lebih 60 tahun tetapi masih komited mendermakan darah demi membantu sesama insan.

Mendapat pendidikan awal dalam bidang komunikasi massa dari Institut Teknologi Mara (ITM), Mansor pernah menjadi wartawan sebelum melanjutkan pengajian dalam jurusan Master of Fine Arts in Film Directing, Universiti Columbia pada 1978.

Beliau pernah mengarahkan filem berjudul Seman pada 1988, selain menghasilkan dokumentari 48 minit mengenai Tunku Abdul Rahman bertajuk Residency Years atau Tahun-Tahun Di Residensi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×