Taib Azamudden dipilih Tokoh Maal Hijrah Kedah

Taib Azamudden dipilih Tokoh Maal Hijrah Kedah

TAIB Azamudden Md. Taib (tengah) di samping ahli keluarga selepas menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah, Peringkat Negeri Kedah 1446H di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman di Alor Setar. – UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bekas Imam Besar Masjid Negara yang juga pernah berkhidmat selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md. Taib terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Kedah.

Taib Azamudden, 74, menerima anugerah tersebut daripada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah, Peringkat Negeri Kedah 1446H di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, di sini.

Menurut beliau yang kini menabur bakti di sebuah madrasah di Baling, anugerah tersebut sangat bermakna kepadanya selain menjadi pemangkin kepada usahanya untuk terus menyebar syiar Islam.
“Anugerah ini mengingatkan saya sepenuhnya bahawa tugas kita, peranan kita sebagai seorang mukmin yang tidak pernah terhenti dan tidak boleh merasa jemu seperti sirah Rasulullah SAW,” katanya.

Jelasnya, setiap umat Islam termasuk generasi muda tidak seharusnya menggadaikan jati diri masing-masing walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran ketika ini.

Beliau yang dilahirkan di Baling mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Puan Habsah, Baling dan juga SK Tunku Putra, Baling sebelum meneruskan pengajian di Madrasah Diniah Al-Bakriah Pasir Tumboh dan Pondok Bunut Payung di Kelantan.

Taib Azamudden melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir sebelum berkhidmat sebagai pegawai kanan kerajaan sehingga dilantik sebagai Imam Masjid Negara dan Imam Besar Masjid Negeri pada tahun 80-an dan 90-an.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×