'Cikgu Jo tak perlu jadi muda untuk dekati orang muda'

‘Cikgu Jo tak perlu jadi muda untuk dekati orang muda’

ADAM ADLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Calon Pakatan Harapan (PH), Joohari Ariffin tidak perlu cuba untuk menjadi orang muda semata-mata untuk mendekati golongan tersebut.

Sebaliknya, Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan, Adam Adli Abdul Halim berkata, Joohari tahu peranan yang perlu dimainkannya sebagai suri teladan, guru atau pendidik.

“Beliau (Joohari) ada ramai anak murid sekaligus menjadikan beliau tokoh yang dihormati oleh lebih ramai golongan muda.

“Jadi, saya kira ini saya kelebihan yang dimiliki oleh beliau dan dalam kempen yang singkat ini (berbaki kira-kira 24 jam), beliau boleh menjadi seorang pemimpin yang baik termasuk kepada golongan muda,” katanya.

Mengulas lanjut, Adam Adli berkata, meskipun belum nampak sepenuhnya sokongan pengundi muda terhadap PH atau Kerajaan Perpaduan, perkembangan yang ditunjukkan sepanjang lebih 12 hari berkempen menunjukkan perkembangan yang begitu positif.

“Sebenarnya, usaha ni bukan mudah. Namun, kita boleh nampak pelbagai usaha yang dilakukan untuk mendekati golongan tersebut terutamanya mereka yang berada di atas pagar,” ujar beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×