Busana kontinjen negara dapat sentuhan Rizman

Busana kontinjen negara dapat sentuhan Rizman

Atlet Malaysia memasuki Stadium Olimpik di Tokyo ketika acara pembukaan Olimpik Tokyo 2021 lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia bakal meneruskan pakaian tradisional ketika majlis perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 pada 26 Julai ini.

Sentuhan pereka fesyen terkenal negara, Rizman Ruzaini menambat hati Majlis Olimpik Negara (MOM) untuk menyarungkan pakaian terbabit pada hari perarakan masuk berkenaan.

Menurut Ketua Kontinjen negara (CDM) Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, beliau bersama MOM mencapai kata sepakat untuk menggunakan tema baju melayu.

“Sudah pasti baju semasa perarakan nanti ialah baju tradisional. Kami telah memuktamadkan perkara itu dan Rizman menjadi pereka baju terbabit.

“Kami akan membentangkan baju itu di khalayak umum secepat yang mungkin,” katanya.

Untuk rekod, Malaysia mula menggunakan busana tradisional pada hari pembukaan Olimpik sejak 1992 di Barcelona hingga 2008 (Beijing).

Bagaimanapun, tema tersebut diteruskan lagi ketika Olimpik 2016 di Rio serta Tokyo (2020).

Upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 sejauh enam kilometer itu dijadualkan akan berlangsung di Sungai Seine dengan bot akan membawa para kontinjen bagi setiap negara.

Sehingga kini, kontinjen Malaysia bakal dibarisi seramai 26 atlet daripada lapan jenis sukan iaitu memanah, badminton, akuatik, berbasikal, menembak, golf, pelayaran, angkat berat dan olahraga. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×