Kekerapan perkhidmatan tren MRT waktu puncak tidak capai sasaran - Audit

Kekerapan perkhidmatan tren MRT waktu puncak tidak capai sasaran – Audit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prestasi bilangan penumpang harian dan bilangan tren beroperasi serta kekerapan perkhidmatan tren waktu puncak masih tidak mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Skim Kereta Api Transit Aliran Massa (MRT) 1 dan 2.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024, Akaun Muktamad MRT1 masih belum ditutup walaupun projek telah siap serta beroperasi sepenuhnya sejak tahun 2017

Menurut laporan itu lagi, kedudukan MRT Corp kurang stabil dan bergantung kepada penerimaan sumbangan kerajaan bagi membina infrastruktur rel.

Oleh demikian, LKAN menggariskan lima syor audit antaranya memastikan ketersediaan tren beroperasi menepati sasaran Skim Kereta Api supaya kekerapan jadual perjalanan dapat ditambah baik dan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.

Selain itu, memastikan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor–Singapura dan MRT3 dilaksanakan mengikut perancangan supaya objektif penubuhannya untuk menyediakan infrastruktur pengangkutan awam yang lebih baik tercapai.

“Memastikan Akaun Muktamad bagi MRT1 dapat ditutup dan mempertingkatkan amalan tadbir urus korporat,” kata laporan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×