LKAN 2/2024: Liputan internet luar bandar belum capai sasaran

LKAN 2/2024: Liputan internet luar bandar belum capai sasaran

Capaian internet masih lembab di kebanyakan kawasan luar bandar di negara ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 mendedahkan matlamat untuk memperluaskan liputan dan ketersambungan internet berkelajuan tinggi di kawasan luar bandar melalui peruntukan kewangan kerajaan belum tercapai sepenuhnya.

Ini  kerana sebanyak 28 daripada 87 jajaran jalur lebar (kawasan projek Broadband To General Population-BBGP) di Sabah dan Semenanjung bernilai RM53.60 juta tidak dilanggan dan tidak digunakan sejak dari tempoh penyiapan pada 2013 dan 2017. 

Selain itu, terdapat sebahagian infrastruktur jajaran berkenaan dalam keadaan terbiar, sambungan talian kabel terputus dan kerosakan peralatan.

“Sebanyak 337 daripada 597 sampel sekolah masih menggunakan teknologi broadband/satelit dengan kelajuan yang terhad walaupun teknologi fiber telah disediakan di bawah projek Point of Presence (PoP) Fasa 1,” kata LKAN 2/2024 yang didedahkan kepada umum pada hari ini.

Oleh demikian, laporan mengemukakan beberapa syor untuk memperbaiki kelemahan kepada pihak terlibat antaranya menyediakan perancangan bagi penggunaan jajaran jalur lebar yang komprehensif bagi memastikan jajaran tidak dilanggan dapat dimanfaatkan.

“Memastikan terma perjanjian projek berkaitan klausa pembayaran perkongsian hasil dipatuhi dan dipantau bagi melindungi kepentingan kerajaan.

“Menyelaras dengan semua pihak yang berkepentingan berkenaan langganan internet terutamanya kepada Kementerian Pendidikan dan pelaksanaan program hendaklah ditambah baik dalam PoP Fasa 2,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×