SEOUL: Anggota kumpulan BTS, Jin mencipta sejarah apabila dipilih sebagai pembawa obor mewakili Korea Selatan sempena sukan Olimpik di Paris, Perancis yang bermula 26 Julai ini.
Perkembangan itu diumumkan label pengurusan BTS, Big Hit Music menerusi satu kenyataan, semalam.
Jin dijadualkan bakal terbang ke Paris dalam masa terdekat, menyambung larian obor yang bermula sejak April lepas, merentasi beberapa tapak sejarah di Perancis.
Berita tersebut dikongsikan beberapa mingu selepas penyanyi berusia 31 tahun itu menamatkan latihan ketenteraannya.
Jin yang merupakan ahli BTS terawal yang menamatkan latihan berkenaan, meluahkan rasa teruja untuk kembali menghiburkan peminatnya.
“Ada lagu yang sedang saya rakamkan dan saya akan muncul dalam beberapa rancangan televisyen selepas ini.
“Saya mahu fokus kepada nyanyian, dan akan banyak membuat kemunculan di media selepas ini.
“Ada sesuatu yang sedang kami usahakan, saya harap peminat sabar menunggu,” kongsinya kepada The Korea Times.











