Singapura tunggu masa sesuai untuk iktiraf Palestin

Singapura tunggu masa sesuai untuk iktiraf Palestin

MENTERI Ehwal Luar Singapura, Vivian Balakrishnan.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Singapura pada dasarnya bersedia untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara jika ia menolak keganasan dan menerima hak Israel untuk wujud.

Menteri Ehwal Luar, Vivian Balakrishnan berkata, pertimbangan utama adalah langkah sedemikian harus membantu kemajuan ke arah keamanan dan penyelesaian dua negara yang dirundingkan.

“Kedua-dua pihak mempunyai hak yang sah, dan kedua-dua rakyat berhak untuk hidup dengan aman dalam sempadan yang selamat,” katanya di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab lima soalan yang dibangkitkan oleh anggota Parlimen mengenai bantuan Singapura untuk Palestin dan pembangunan semula wilayah itu.

Balakrishnan menarik perhatian pada Mei tahun ini bahawa Singapura mengundi untuk menyokong keanggotaan Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menurutnya dibuat selepas ‘pertimbangan serius dan teliti’.

Keputusan itu juga selaras dengan sokongan konsisten Singapura terhadap prinsip undang-undang antarabangsa, katanya.

“Undi kami di Perhimpunan Agung PBB bermaksud Singapura pada dasarnya bersedia untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. Kami akan melakukan langkah ini pada masa yang sesuai,” katanya.

Menteri itu juga mengulangi prinsip yang membimbing pendirian Singapura mengenai konflik Israel-Palestin.

Beliau berkata, Singapura secara konsisten menyokong penyelesaian dua negara yang dirundingkan, selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB, sebagai satu cara untuk rakyat Israel dan Palestin hidup dalam keamanan.

Balakrishnan turut menggesa Israel dan Palestin supaya mengambil langkah ke arah keamanan yang berkekalan dan menamatkan penderitaan ‘yang sudah berlarutan terlalu lama’.

“Israel dan Palestin perlu mengamalkan kepemimpinan dan saling bekerjasama untuk masa depan yang lebih baik,” katanya.- THE STRAITS TIMES

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×