Pasangan kekasih warga asing edar ketamin ditahan - Utusan Malaysia

Pasangan kekasih warga asing edar ketamin ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sepasang kekasih warga asing yang dipercayai menjadi pengedar dadah dicekup polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Nilai dekat sini minggu lalu.

Dalam Op Tapis yang dilaksanakan pada pukul 10 malam itu, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai turut merampas satu peket plastik dadah jenis ketamin anggaran berat 794.65 gram bernilai RM83,930.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, suspek yang ditahan berusia antara 25 hingga 31 tahun dan hasil saringan awal air kencing juga mendapati kedua-duanya positif dadah jenis ketamin.

“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah tersebut telah menjumpai satu peket plastik dadah jenis ketamin anggaran berat 794.65 gram bernilai RM83,930.

“Turut disita sebuah kereta jenis Honda Accord bernilai lebih kurang RM40,000, wang tunai RM80,000, wang tunai Yuan China (40,000) dan dua utas jam tangan jenama Rolex bernilai RM190,000. 

“Jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan bernilai RM433,930,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata lag, kedua-dua suspek telah ditahan reman pada 27 Jun lalu sehingga Khamis ini. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×