12 tukun halang pukat tunda dilabuhkan di Kepulauan Sembilan

12 tukun halang pukat tunda dilabuhkan di Kepulauan Sembilan

KAPAL Jabatan Perikanan yang dinaiki Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris merapati ponton yang membawa tukun tiruan di perairan berhampiran Pulau Sembilan, Lumut, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Sebanyak 12 unit tukun dasar lembut penghalang pukat tunda (TDL-AT) bernilai RM370,660 dilabuhkan di perai­ran Selat Melaka berhampiran Kepulauan Sembilan dekat sini, semalam.

Langkah itu bertujuan konservasi serta mengekang aktiviti penangkapan ikan menggunakan peralatan tidak mesra sumber di kawasan perairan pantai.

Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris berkenan berangkat melancarkan program melabuh tukun tiruan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baginda tiba di lokasi perairan tersebut dengan menaiki kapal milik Jabatan Perikanan kira-kira pukul 9.40 pagi sebelum menghampiri ponton yang membawa 12 unit tukun tiruan tersebut.

Baginda kemudian membunyikan hon dari atas kapal sebagai isyarat untuk tukun tiruan tersebut dilabuhkan ke dasar perairan berkenaan.

Menurut Jabatan Perikanan Malaysia, pihaknya telah me­nyalurkan peruntukan sebanyak RM1.26 juta kepada Perak bagi pembangunan dan pemantauan tukun tiruan sepanjang Ranca­ngan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) hingga RMKe-12.

Jelasnya, sepanjang tempoh tersebut iaitu dari 2019 hingga tahun ini, sebanyak 47 unit tukun telah dilabuhkan di empat lokasi yang berbeza di perairan negeri Perak.

Menurutnya, pembangunan tukun tiruan di Malaysia adalah sebahagian usaha kerajaan melalui Jabatan Perikanan bagi memulihara biodiversiti marin serta memastikan pengurusan sumber perikanan sentiasa mampan dan terjamin.

“Hasil melabuh tukun itu juga dapat memberi manfaat kepada 18,217 orang nelayan di negeri ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN