Pelajar 13 tahun cedera dipercayai terjatuh bangunan sekolah

Pelajar 13 tahun cedera dipercayai terjatuh bangunan sekolah

Keadaan seorang pelajar tingkatan satu selepas ditemukan cedera dipercayai terjatuh dari tingkat tiga dari sebuah bangunan sekolah di Kajang dekat sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pelajar tingkatan satu ditemukan cedera dipercayai terjatuh dari tingkat tiga dari sebuah bangunan sekolah di Kajang dekat sini semalam.

Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menerima panggilan berupa maklumat kejadian kira-kira pukul 5.50 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abd. Yusof berkata, siasatan mendapati seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun telah dikejarkan ke Hospital Kajang.

“Mangsa dirawat dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian kepala dan anggota badan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Jika disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Faizal Azizi di talian 011-16120032 dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, Selangor bagi membantu siasatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini