159,027 pelajar lepasan SPM 2023 dapat tawaran ke IPTA - Utusan Malaysia

159,027 pelajar lepasan SPM 2023 dapat tawaran ke IPTA

Kelayakan minimum dalam perkhidmatan awam kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dapat menjadi pendorong murid untuk menamatkan persekolahan sekurang-kurangnya sehingga peringkat berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerima sejumlah 214,173 permohonan yang layak bagi lepasan SPM 2023 untuk melanjutkan pengajian menerusi UPUOnline.

Menurut kementerian itu, seramai 159,027 calon (74.25 peratus) ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian.

Katanya, daripada jumlah tersebut, seramai 83,667 calon ditawarkan di universiti awam; 43,531 calon di Politeknik, 26,474 Kolej Komuniti dan 5,355 di institut latihan kemahiran awam.

“Tawaran Laluan Khas secara keseluruhan adalah sebanyak 16,593 melibatkan 15,082 bagi Kategori B40, 425 Orang Kurang Upaya (OKU), 732 Atlet dan 354 Orang Asli.

“Selain itu, seramai 31 calon lepasan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mendapat tawaran,” katanya hari ini.

KPT berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 504 program pengajian telah ditawarkan bagi sesi kali ini dengan pecahan 104 Sijil, 53 Asasi, 346 Diploma dan 1 Ijazah Sarjana Muda.

Katanya, kemasukan pelajar ke institusi-institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.

Jelasnya, calon yang tidak mendapat tawaran tempat pengajian pula, Kementerian kini telah membuka saluran peluang kedua melalui proses rayuan di UPUOnline® dalam tempoh 10 hari, bermula hari ini 12.00 tengah hari hingga 7Julai 2024, pukul 5.00 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×