PRK Sungai Bakap: 'Suatu kerugian andai Joohari tidak dipilih'

PRK Sungai Bakap: ‘Suatu kerugian andai Joohari tidak dipilih’

MOHAMAD Abdul Hamid (kanan) ketika ditemui pemberita semasa mengadakan kunjungan ke Ruang Kongsi milik Kelab Media Mutiara Pulau Pinang (Media Mutiara) sempena PRK DUN Sungai Bakap di Jawi, di sini petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Pengundi di Sungai Bakap mungkin berdepan kerugian andai mereka membuat keputusan untuk tidak memilih calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Joohari Ariffin sebagai wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, 6 Julai ini.

Pengarah Pilihan Raya PH negeri, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, hal ini demikian kerana, peruntukan yang diterima oleh wakil rakyat kerajaan adalah lima kali ganda lebih tinggi berbanding apa yang diterima oleh pembangkang di Pulau Pinang ketika ini.

“ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) pembangkang hanya dapat RM60,000 sahaja (peruntukan). Itu pun dari sudut apa? Untuk infrastruktur sahaja RM60,000 itu.

“Berbanding dengan ADUN kerajaan (negeri) pula, mereka menerima RM300,000. Kalau exco (wakil rakyat yang terpilih menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang), dapatlah RM400,000.

“Maknanya, pilih ADUN kerajaan ini ada peruntukan RM300,000…ada perbekalan dan infrastruktur. Inilah peruntukan yang boleh bantu ADUN-ADUN di kawasan yang dia wakili. Kalau di Sungai Bakap ini wakil rakyat yang dia pilih itu adalah pembangkang, maka, tak adalah peruntukan seperti ini. Takkanlah (wakil rakyat) pun nak susah sama dengan rakyat,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

Mohamad berkata demikian ketika ditemui semasa melakukan kunjungan ke Ruang Kongsi milik Kelab Media Mutiara Pulau Pinang (Media Mutiara) sempena PRK DUN Sungai Bakap di Jawi, di sini petang ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, selaku Pengarah Pilihan Raya yang ditugaskan untuk menyelia perjalanan jentera Kerajaan Perpaduan di Sungai Bakap, beliau dibantu oleh empat Timbalan Pengarah yang lain.

“Yang pertama ialah daripada BN (Barisan Nasional) iaitu YB Rashidi (ADUN Sungai Acheh, Rashidi Zinol), kemudian, Timbalan Pengarah PKR yang juga Ketua Cabang di sini (Sungai Bakap), Dr. Amar (Pritpal Abdullah); wakil Amanah, Haji Fadzil (Abdullah) dan YB Jason (ADUN Jawi yang mewakili DAP).

“Jadi, kerjasama (parti) di bawah Kerajaan Perpaduan ini kalau kita tengok sangat erat. Cumanya, kita ada strategi dan pendekatan yang tertentu.

“Contoh, BN (kadang-kadang) bergerak sendiri tanpa PH. Ada kawasan tertentu yang Keadilan (PKR) juga bergerak sendiri. Itu semua strategilah. Tidak semua tempat kita pergi sekali,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×