Ladang ayam ke-10 di Melbourne dijangkiti selesema burung

Ladang ayam ke-10 di Melbourne dijangkiti selesema burung

KIRA-kira 1.5 juta burung dihapuskan untuk mengawal penyebaran virus.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Wabak selesema burung yang sangat patogenik merebak ke ladang ayam kelapan berhampiran Melbourne, Australia.

Kerajaan negeri Victoria berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kemudahan yang dijangkiti di negara itu kepada 10 ladang.

Australia sedang berdepan tiga wabak selari selesema burung, dua di Melbourne dan sebuah lagi lokasi di Sydney.

Setiap satu lokasi melibatkan strain virus berbeza, tiada langsung daripada jenis H5N1 yang merebak melalui populasi burung dan mamalia, malah kepada manusia di seluruh dunia.

Pihak berkuasa Victoria berkata, jangkitan baharu itu berada dalam zon kuarantin yang disediakan di sekitar ladang terjejas.

Penyakit selesema burung kebanyakannya dikesan di ladang telur. Kira-kira 1.5 juta burung dihapuskan untuk mengawal penyebaran virus itu.

Setakat ini, penularan wabak tidak menjejaskan bekalan telur di pasaran.

Selesema burung merebak daripada burung liar ke haiwan ternakan. Kes jangkitan tahun ini adalah wabak ke-10 di Australia sejak 1976.- CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×