Beruntungnya Eira Syazira - Utusan Malaysia

Beruntungnya Eira Syazira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebenarnya sudah lama juga tidak mendengar khabar pasangan pelakon Eira Syazira dan Azad Jasmin ini. Paling-paling pun asyik ternampak dalam program atau drama yang diulang tayang sahaja di kaca televisyen.

Kalau tidak pun, sesekali tatap jugalah keletah mereka berdua bersama anak-anak dalam Instagram. Ramai yang suka setiap kali Azad berceloteh dan bawa pelbagai karektor kepohci untuk kandungan dalam media sosialnya.

Tak kisahlah masa sedang mempromosikan produk atau tidak. Pendek kata, Azad dan Eira ini ramai yang suka tengok.

Itu dari sisi yang melucukan dan kepohci. Tapi tahukah anda Eira Syazira sangat beruntung dikurniakan Azad sebagai suaminya? Bukanlah Cik Bunga nak memuji melambung tanpa asas. Tapi ini apa yang Cik Bunga dengar daripada teman yang berpeluang berkongsi momen dengannya.

Kata sahabat Cik Bunga ini, tempoh hari semasa berada dalam sebuah surau, kebetulan Azad nak solat Maghrib bersama. Dia menawarkan diri untuk jadi imam tanpa segan.

“MasyaAllah, sedap betul suara Azad baca setiap surah semasa solat!” kata teman Cik Bunga itu.

Bila dengar pujian itu, tipulah kalau Cik Bunga tak terkenang semula karektornya yang gila-gila dan hyper sebelum ini. Berbeza benar dia yang dulu dengan sekarang. Sejuk sahaja hati bila dengar cerita seperti ini.

Sebab itulah kita ini jangan mudah hanya memandang pada luaran sahaja. Macam Azad, siapa sangka dia ada sifat kepimpinan dalam diri dan sedap pula mengalunkan bacaan surah di sebalik sifat kelakarnya itu.

Sifat macam inilah yang para lelaki harus contohi. Tak takut untuk jadi imam untuk keluarga. Cik Bunga memang tabik hormat betul pada Azad kalau macam ini.

Moga-moga Azad terus istiqomah dan terus mampu memimpin keluarganya dengan bahagia. Amin

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×