Speaker boleh umum  enam kerusi wakil rakyat Bersatu kosong

Speaker boleh umum enam kerusi wakil rakyat Bersatu kosong

TAN Sri Shahrir Abdul Samad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul boleh mengumumkan kekosongan di enam kerusi Parlimen membabitkan enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang hilang keahlian kerana menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, tindakan itu berasas selepas semua Ahli Parlimen terbabit dipindahkan tempat duduk dalam Dewan Rakyat yang sebelum ini berada di blok pembangkang.

Menurut beliau, tindakan itu sendiri telah menunjukkan bahawa enam Ahli Parlimen terbabit sudah tidak lagi bersama  pembangkang dan dianggap telah menjadi wakil rakyat Bebas.

“Kerana Speaker anggap mereka sudah terkeluar daripada blok pembangkang, maka Speaker telah pindahkan tempat duduk mereka keluar dari tempat pembangkang. Maknanya sudah ‘lompat’ jadi Bebas.

“Jadi, secara logiknya, Speaker mudah sangat hendak melangkah setapak lagi dengan mengisytiharkan kekosongan terhadap kerusi-kerusi berkenaan. Tetapi politik ada logiknya tersendiri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jumaat lalu, Ketua Whip Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee telah mengemukakan notis kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat memohon supaya enam kerusi Parlimen dipegang oleh bekas wakil rakyatnya itu dikosongkan.

Menerusi satu kenyataan media, Ronald yang juga Naib Presiden Bersatu memberitahu, keahlian parti keenam-enam Ahli Parlimen yang menyokong Anwar telah terlucut secara serta-merta.

Mengulas lanjut, Shahrir yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bahru turut memberitahu, beliau sudah lama mengikuti perbincangan tentang ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu dengan perasaan pelik dan geli hati.

“Sekarang ditegaskan Speaker sahaja yang boleh tentukan sama ada kerusi-kerusi mereka itu kosong dan demikian, perlu diadakan pilihan raya kecil,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×