‘Saya akan ingat pelukan ayah’

‘Saya akan ingat pelukan ayah’

FAZRIHIN Bawi menunjukkan gambar arwah bapanya yang meninggal selepas wukuf di Arafah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Pelukan terakhir seorang ayah yang meninggal dunia sebaik selepas wukuf akan terus menjadi tanda ingatan sampai bila-bila bagi Fazrihin Bawi, 27.

Apa yang menyedihkan bagi anak bongsu dari lapan beradik ini, pelawaan ayahnya untuk menemani ke Tanah Suci Mekah rupanya-rupanya menjadi permintaan terakhir sebelum pergi menghadap Allah SWT.

Menurut anak jati Kampung Pusa, Betong Sarawak ini, arwah ayahnya, Bawi Solek 79, berkeras mahukan dia menemani ke Mekah walaupun tahu ia agak mustahil disebabkan urusan pekerjaan Fazrihin.

“Ayah saya benar-benar mahukan saya menemaninya, walhal kakak saya sepatutnya pergi bersama-sama dia. Ini menyebabkan ayah marah walaupun saya telah menjelaskan saya tidak boleh pergi kerana bekerja.

“Namun, seminggu sebelum ayah saya pergi, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menelefon saya memaklumkan mereka memerlukan peneman lelaki untuk kedua orang tua saya dan saya akur.

“Apa yang mengharukan segala urusan dipermudahkan Allah SWT daripada mendapatkan visa sehingga permohonan cuti,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Menurut Fazrihin lagi, keada­an kesihatan ayahnya ketika sebelum berlepas dan beberapa hari berada di Mekah tidak me­nunjukkan sebarang masalah sehinggalah tibanya hari melontar ketiga-tiga jamrah .

“Ketika saya dan ayah mela­lui terowong pertama untuk pergi melontar jamrah, dia terasa penat. Lalu saya menyuruh­nya berhenti untuk minum air sebelum meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki.

“Bagaimanapun keadaan dia pelik apabila melepasi terowong kedua. Keadaan pada masa itu sudah panas membahang. Ayah mula berjalan dalam keadaan terhoyong- hayang,menggigil sebelum diserang sesak nafas,” jelasnya.

Pada masa itulah, Fazrihin terus menggendong arwah ayahnya untuk mencari bantuan.

“Selepas beberapa ketika menggendong ayah, datang anggota polis dan kakitangan perubatan Indonesia bantu. Namun saya dapati nadinya sudah terhenti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×