14,417  saman sepanjang 10 hari operasi Aidiladha

14,417  saman sepanjang 10 hari operasi Aidiladha

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Sebanyak 14,417 kesalahan direkodkan sepanjang 10 hari pelaksanaan Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2024 di Selangor. 

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, operasi bermula 10 hingga 19 Jun itu membabitkan 57,491 pemeriksaan kenderaan. 

Menurut beliau, sebanyak 14,417 notis dikeluarkan terhadap  13,417 kenderaan.

“Notis saman paling banyak dicatatkan iaitu 11,118 kes pelbagai kesalahan, notis larangan penggunaan kenderaan (1,338 kes), notis arah periksa kenderaan (1,407 kes) dan notis sita kenderaan (544 kes).

“Kesalahan paling banyak direkodkan membabitkan isu teknikal iaitu sebanyak 4,697 kes, tiada lesen memandu kompeten (CDL) (3,022 kes), lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh (2,320 kes), tiada perlindungan insurans (1,893 kes) dan selebihnya lain-lain kesalahan,” kata beliau selepas Op HRAA di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 5, di sini  malam tadi.

Beliau berkata, OP HRAA 2024  dilaksanakan sehingga 30 Jun ini bagi memastikan penguatkuasaan dilaksanakan dengan impak tinggi untuk mengurangkan kadar kemalangan serta kematian akibat nahas jalan raya.

Jelasnya, pelaksanaan operasi dibuat menerusi sekatan jalan raya, kaedah penyamaran bergambar dengan menggunakan kenderaan tanpa logo selain penyamaran sebagai penumpang bas.

“Sembilan kesalahan utama ditekankan sepanjang pelaksanaan OP HRAA 2024. 

“Antaranya,  tidak patuh had laju, tidak patuh isyarat lampu merah, memotong di garisan kembar memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit, tidak pakai tali pinggang atau topi keledar, memandu kenderaan berat di lorong laju serta lebih muatan,” ujarnya.

Beliau berharap pelaksanaan Op HRAA 2024 boleh  mengurangkan kadar kemalangan jalan raya selain pematuhan peraturan dan undang-undang di tahap tertinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×