England, Denmark kongsi satu mata

England, Denmark kongsi satu mata

PENYERANG England, Harry Kane (kiri) menjaringkan gol pertama perlawanan ketika bertemu Denmark dalam aksi Kumpulan C Kejohanan Eropah (Euro) di Arena Frankfurt. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FRANKFURT: England gagal menempah tiket ke pusingan kalah mati Kejohanan Eropah (Euro) lebih awal selepas terikat 1-1 ketika menentang Denmark dalam aksi Kumpulan C di Arena Frankfurt.

Harry Kane terlebih dahulu meletakkan skuad Thre Lions di depan pada minit ke-18 berpunca daripada hantaran Kyle Walker.

Bagaimanapun kelebihan tersebut tidak bertahan lama apabila Morten Hjulmand menyamakan kedudukan pada minit ke-34 selepas rembatannya dari luar kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol England, Jordan Pickford.

Keputusan seri itu membolehkan England kekal di tangga teratas Kumpulan C selepas mengumpul empat mata diikuti Denmark dan Slovenia berkongsi dua mata manakala Serbia di kedudukan tercorot dengan satu mata.

Penyerang Bayern Munich, Kane tetap menaruh kepercayaan tinggi bahawa England mampu untuk melepasi peringkat kumpulan.

“Saya fikir kami telah beritahu sebelum kejohanan bermula tiada perlawanan mudah dan saya fikir ini buktinya.

“Kami boleh layak dan kami boleh lakukan dengan lebih baik dengan atau tanpa bola.

“Bukti pasukan itu bagus apabila anda tidak bermain di tahap terbaik tetapi masih berupaya mendapatkan keputusan seperti yang kami lakukan pada dua perlawanan ini.

“Kami berada di tangga teratas kumpulan. Kami tahu kami boleh perbaiki. Saya tahu mesti banyak bunyi bising dan kekecewaan di negara kami.

“Kami pernah mengalaminya pada Euro sebelum ini. Selangkah demi selangkah, kami akan sampai sana (pusingan kalah mati),” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×