Bangunan terbiar cacatkan pemandangan Kuala Perlis

Bangunan terbiar cacatkan pemandangan Kuala Perlis

ABU Bakar Hamzah meninjau bangunan konkos di pekan lama Kuala Perlis yang terbiar usang sejak hampir 20 tahun lalu. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Bangunan konkos di pekan lama Kuala Perlis di sini yang terbiar usang sejak hampir 20 tahun lalu menimbulkan rasa kurang selesa sekali gus mencacatkan pemandangan di kawasan pelancongan popular itu.

Sebelum ini bangunan tersebut meriah dengan operasi gerai-gerai perniagaan, rumah tumpangan, menara tinjau dan pelbagai lagi kemudahan lain.

Namun begitu, difahamkan sekitar 1990-an, bangunan tersebut mula terbiar dan tidak diuruskan dengan sebaiknya sehingga berada dalam keadaan usang serta menjadi lokasi membuang sampah dan sarang penagih dadah.

Seorang penduduk dikenali sebagai Lam, 47, berkata, kawasan tersebut sebelum ini sememangnya dipenuhi pengunjung bagi menikmati pelbagai makanan serta barangan dijual di situ.

“Bangunan tersebut mempunyai banyak nostalgia, malah gerai di bahagian tingkat bawah juga menawarkan pelbagai sajian menarik buat pengunjung, namun kini terbiar dan kosong sejak puluhan tahun.

“Bangunan terbiar itu juga mengundang pelbagai isu sehingga menimbulkan keresahan penduduk setempat di kawasan tersebut. Selepas premis itu terbiar, bangunan berkenaan menjadi tumpuan penagih dadah dan kegiatan vandalisme.

“Sangat menyedihkan apabila bangunan yang sebelum ini menjadi tumpuan ramai telah terbiar dan mencacatkan pemandangan Kuala Perlis,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah ketika ditemui meninjau kawasan berkenaan berkata, beliau bercadang mengambil alih untuk dibangunkan semula sebagai pusat komuniti setempat.

“Kita juga bercadang membuka semula lorong bersebelahan bangunan terbengkalai itu bagi menghidupkan suasana sekitar kawasan berkenaan,” katanya.

Tambahnya, lorong itu akan dihiasi dengan pencahayaan menarik dan lukisan mural di dinding sebagai tarikan baharu buat pengunjung.

“Bangunan konkos ini merupakan khazanah penuh nostalgia dan ia perlu dipulihara agar dapat dikekalkan buat generasi akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×