Azeem mudah ke separuh akhir 200 meter Terbuka Malaysia - Utusan Malaysia

Azeem mudah ke separuh akhir 200 meter Terbuka Malaysia

MUHAMMAD Azeem Fahmi (kanan) menjuarai saringan ketiga 200 meter pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi tiada masalah melayakkan diri ke separuh akhir 200 meter Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Darul Makmur di sini selepas mengungguli pusingan pertama hari ini.

Azeem seperti masih menyimpan tenaga dan belum memberikan pecutan terbaik ketika menjuarai peringkat saringan ketiga dengan catatan masa 21.32 saat (s).

Saingan separuh akhir 200 meter dijadualkan berlangsung pukul 6 petang ini manakala perlawanan akhir pukul 9.50 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Azeem akan berdepan saingan Jack Boultan dari Australia, Jonathan Nyepa (ATM), Khairul Hafiz Jantan (MSN), Mohamad Shafiq Fikri Mohd. Shafiee (Pahang), Edrick Feivel (Sabah), Alif Iman Mohd. Fahimi (Masum) dan Haikal Mohd. Ismail (Melaka).

Seramai 578 atlet, termasuk dari luar negara bakal berentap pada Olahraga Terbuka Malaysia 2024 selama tiga hari di Stadium Darul Makmur bermula hari ini.

Ia membabitkan 17 pasukan dalam negara dan lapan negara luar seperti Rusia, Singapura, Australia, Myanmar, Bangladesh, Indonesia, India dan Filipina. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini